"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang" Ayat 12 : Surah Hujrat

Followers

February 19, 2012

AGUNGNYA CINTAMU


Ya Allah Ya Tuhan ku.. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah...

Sesungguhnya aku tidak pernah berniat untuk meletakkan ingatan ku pada insan didunia lebih dariMu Ya Allah.. Aku hanya insanMu yang lemah yang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Aku memohon agar aku dapat meletakkan CINTA ku pada Mu Ya Allah lebih dari insan didunia. AGUNGNYA CINTAMU.

Ya Allah salahkah atau berdosakah aku??
Ya Allah kau tabahkanlah hati hambaMu ini, sesungguhnya aku tidak kuat...
Jangan biarkan aku menangis kerana cinta di dunia ini Ya Allah..
Tiap kali muncul perasan dihatiku, aku pasti akan meminta petunjuk Mu.. dan
KAU tidak pernah mehampakanku.. Terima kasih Ya Allah.. Syukur.. 

Aku redha..

Tapi pada saat ini aku tidak pasti kenapa aku harus menangis kerana itu..
Ya Allah, berdosanya hambaMu ini kerana menangis kerana cinta di dunia..
Sedangkan aku tahu Qada' dan Qadar Mu Ya Allah..
Ampunilah aku Ya Allah..



No comments: